10 HAK YANG MESTI DITUNAIKAN
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan
wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapandan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan
kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang
yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada
Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang
tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu :
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup
menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG
MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat
suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka
berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu :
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada
as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari
keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar