BINGKISAN ROHANI
Hakikat Insan
Manusia hanyalah insan yang bersifat lemah. Atas sifat alamiah
sedemikian maka manusia sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan
daripada Yang Maha Berkuasa (Allah S.W.T). Manusia atas kapasitinya
sebagai Khalifatulard sentiasa mendambakan dirinya secara mutlak dengan
penuh ketaatan kepada Penciptanya yang Maha Berkuasa atas segala
sesuatu. Manusia yang alpa seringkali membinasakan jiwanya meskipun pada
hakikatnya ia merasakan keseronokan tetapi jiwanya kosong dan tenggelam
dalam lautan dan bisikan nafsu yang mendorong manusia ke alam yang
sesat. Ketahuilah sesungguhnya kehidupan insan di muka bumi ini hanyalah
sementara. Justeru itu, kesempatan masa yang ada ini perlulah
dimanfaatkan sebaik-baiknya agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi
bukan sahaja di dunia bahkan diakhirat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar