Panduan Menenangkan Hati
Seseorang muslim dan mukmin sentiasa merasakan
jiwanya sentiasa tenang dan damai. Hatinya aman dan bahagia disebabkan
ia disinari dengan cahaya keimanan dan nur Ilahi. Hati yang bersifat
sedemikian sentiasa taat kepada perintah Allah dengan penuh khusu` dan
tawaduk kepada Allah S.W.T. Hati yang tandus dengan sinar Ilahi
dianalogikan sebagai tanah yang gersang dan kering kontang dari titisan
air untuk menyejukkan tanah dan menyuburkannya. Antara panduan yang
boleh diamalkan untuk menenangkan hati:
1. Lidah sentiasa
berzikir kepada Allah S.W.T
2. Hati sentiasa mengingati Allah
dalam apa jua situasi sama ada ketika senang, susah, sedih, gembira dan
sebagainya.
3. Menggunakan akal untuk berfikir tentang
kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T.
4. Sentiasa beristighfar
dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas keisilapan yang
dilakukan.
5. Menjauhi perkara-perkara yang boleh mengundang
kepada penyakit hasad dengki sesama manusia.
6. Sentiasa
memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan sesama manusia dan bersedia
memberi maaf atas kesalahan orang lain ke atas kita.
7.
Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T supaya kita dimasukkan ke dalam
golongan yang mendapat keberkatan, keredhaan, kejayaan, kebahagian,
hasanah di dunia dan akhirat.
Mudah-mudahan tip-tip ini sedikit
sebanyak dapat membantu meningkatkan dan menenangkan hati dan jiwa kita
supaya dekat kepada Allah S.W.T , insyallah. .... Tidakkah dengan
mengingati Allah hati-hati kamu akan menjadi tenang. (qalb
al-mutmainnah)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar