Sekadar Renungan
Imam Al-Ghazali
pernah menyatakan
Kelazatan akan datang setelah ada mahabbah.
Mahabbah timbul daripada Makrifat. Manakala Makrifat pula lahir dari
hati yang bersih, fikiran yang murni dan sentiasa memikirkan kebesaran,
dan sifat-sifatNya serta serta kekuasaanNya yang menguasai kerajaan
lanngit dan bumi.
Nikmat yang terbesar ialah nikmat apabila
dapat melihat keindahan kekuasaan Allah S.W.T. Apabila manusia telah
mencapai peringkat tersebut, lidah akan kelu, pena akan patah apabila
cuba untuk menggambarkannya secara lisan dan tulisan. Jika manusia
mengecapi nikmat yang sedemikian, bukan lagi syurga atau takutkan neraka
yang menjadi matlamat atau mendorong manusia taat dan menghambakan diri
kepada Khaliq, sebaliknya terpancar satu perasaan dalam cinta dan rindu
dalam qalbu manusia.
Rabi`atul Adawiyyah, seorang wanita yang
cinta kepada Allah menzahirkan perasaan tersebut dalam nukilan syairnya
seperti berikut:
Cintaku kepadaMu dua,
Cinta asmara
dan cinta hak,
Hatiku penuh dengan asmara
Hijab
terbuka melihat Engkau
Itu semua aku tak berjasa
Engkaulah sendiri terpuji.
Manifestasi melihat keindahan Ilahi
dapat digambarkan sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A. W yang bermaksud
"Allah S.W.T berkata : Bagi hamba-hamba yang soleh telah
kusediakan apa yang tak pernah dilihat mata, tak pernah dilihat telinga,
bahkan tak pernah terlintas di hati insani". (Au Kama Qal)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar