Jumat, 30 September 2011

Tanda-Tanda Saat Kematian


100 hari : Seluruh badan rasa
bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-
gerak.
... 40 hari : Daun dengan nama
orang yang akan mati di arash
akan jatuh dan malaikat maut
pun datang kepada orang
dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga
saat kematiannya. Kadang-
kadang orang yang akan mati
itu akan merasa atau nampak
kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering
kelihatan seperti sedang
rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-
gerak.
3 hari : Bahagian tengah di
dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa
bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun
bergerak-gerak di antara
waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari
bahagian pusat hingga ke
tulang solbi (di bahagian
belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah
merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam
keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut
Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W
bersabda:
"Apabila telah sampai ajal
seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-
lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga
sampai kelutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan
malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan
menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan malaikat
masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang
itu."
Sambung Rasullullah S.A.W.
lagi:
"Kalau orang yang nazak itu
orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di
syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada
orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada
syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap
Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap
disebelah kiri. Maka orang
yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak
lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang
akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa
apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka
datanglah malaikat
maut.Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang
mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin itu
dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang
ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T." Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T. dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah
lain." Sebaik saja malaikat
maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut
pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu. Maka berkata
tangan: Tidak ada jalan
bagimu untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan
sedekah, tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut
gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut
cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab
kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini kerana kaki ini
sentiasa berjalan berulang
alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini
juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,
mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat
maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat
maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir." Akhir
sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata
maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat
maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis
AsmaKu ditelapak tanganmu
dan tunjukkan kepada roh
orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan Asma
Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma
Allah dan cintanya kepada
Allah S.W.T maka keluarlah
roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya
tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar
R.A:"Roh itu menuju ketujuh
tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan
menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke
Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada
berterbangan seperti burung
di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang
berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak
di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang
beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan
berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta
jasadnya sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah
S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati
syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari
Arafah.
Sekian untuk ingatan kita
bersama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar