Tipu Daya Syaitan
Sesungguhnya Syaitan itu adalah seteru yang nyata kepada anak cucu Nabi
Adam A.S. sehinggalah hari akhirat. Syaitan tidak pernah berputus asa
dalam mengatur plan strategik bagi menghancurkan kehidupan manusia di
atas muka bumi ini. Ia tidak pernah mengenal erti putus asa dalam
memesongkan akidah manusia sebagaimana perakuan jahatnya yang di buat di
hadapan Allah S.W.T seperti yang telah dirakamkan dalam al-Quran.
Justeru itu, manusia yang bersifat naif dan lemah perlu memohon
perlindungan, kerahmatan, keredhaan dan dijauhkan daripada tipu daya
syaitan. Hanya manusia yang mempunyai nilai ketaqwaan yang tinggi kepada
Allah S.W.T sahaja yang berjaya mengatasi jerangkap samar yang dipasang
oleh syaitan dalam usahanya mendorong kepada kejahatan dan kesesatan.
Imam al-Ghazali dalam penulisannya Minhaj al-`Abidin telah
mengungkapkan di atara strategi tipu daya syaitan untuk menjauhkan diri
manusia daripada mendekati Allah S.W.T seperti berikut:
1.
Syaitan sentiasa berusaha keras melarang dan mendorong manusia supaya
sentiasa menjauhkan dan mengelak daripada taat kepada perintah Allah
S.W.T. Meskipun begitu, bagi manusia yang mendapat perlindungan dan
kerahmatan Allah akan berjaya mengatasi bisikan pujuk rayu jahat
tersebut dan berkata pada hatinya: Aku memerlukan pahala dan ganjaran
daripada Allah S.W.T sebagai bekal dari alam dunia untuk di bawa ke
kehidupan yang abadi di alam akhirat.
2. Syaitan sentiasa
mendorong dan menyeru manusia agar berpaling daripada mentaati Allah
S.W.T. Pelbagai kaedah yang digunakan antaranya seperti menghasut
manusia menangguh dan melengahkan sesuatu urusan kewajipan, dengan
memberi alasan masih lagi muda tunggulah sehingga tua. Bagaimanapun,
manusia yang memiliki keimanan yang tinggi tidak mudah terpedaya dengan
helah tersebut sebaliknya dengan tegas menolak dan meyakini;
Sesungguhnya persoalan ajal bukan ditangannku tetapi ia ada urusan
Allah, jika aku melengah-lengahkan tuntutan kewajipan agama (soalat,
berpuasa dan amalan-amalan lain) dan menangguhkan di masa yang lain,
sudah tentulah aku termasuk dalam golongan yang sentiasa dalam kerugian
dan berkemungkinan aku akan terlepas peluang untuk menunaikannya.
Realiti ini dirakamkan dalam al-Quran sebagaiman firman Allah S.W.T yang
bermaksud : "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan......
(al-`Asr).
3. Syaitan amat senang dan suka kepada golongan
manusia yang bersifat bergopoh-gapah dan terburu-terburu dalam melakukan
amal soleh dengan membisikkan dalam qalbu (hati) manusia "Marilah
mengerjakan ibadah dengan secepat mungkin (gopoh) supaya engkau dapat
melakukan amal ibadah yang lain pula. Berbeza pula dengan manusia yang
beriman, mereka akan menolakknya dan sentiasa berhati-hati dalam
mengerjakan amal ibadah dan sentiasa menginsafi bahawasanya: Setiap
amalan yang dilakukan perlu disempurnakan dengan penuh tertib dan tekun.
Sedikit amalan yang dilakukan dengan penuh kesempurnaan dan tartil
adalah lebih baik dan utama daripada mengerjakan banyak amal tetapi
penuh dengan kecacatan dan terburu-buru.
Menyentuh tentang
tabiat bergopoh-gabah dan terburu-terburu, sifat negatif sedemikian
dicela oleh Nabi S.A.W dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
"Tergopoh-gapah itu daripada syaitan, kecuali dalam lima perkara iaitu:
mengahwinkan anak dara sekiranya telah sampai waktunya. Menjelaskan
hutang jika sudah sampai tempoh janjinya. Menyempurna dan mengebumikan
jenazah jika sampai ajalnya. Bertaubat apabila melakukan dosa..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar